Believe Allah in every seconds of our llife

Believe Allah in every seconds of our llife

Wednesday 12 June 2013

Bicara tentang C.I.N.T.A

\




Untukmu Solehah...

Assalamualaikum solehah,
Apa khabar hati dan imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..















Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta? Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang. Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya. Jangan pernah dibunuh rasa itu!




Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta. Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa. Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu. Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu. Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia. Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang. Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari. Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu, bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,semuanya akan menjadi tersangat indah. Waktu itu akan tiba jua duhai solehah. Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.
Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat. Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan. Ilmu, hati dan doa perlu dirapi..

Andai belum cukup bersedia. Mujahadahlah wahai solehah. Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat. Selamat bermujahadah sayangku solehah.



http://www.youtube.com/watch?v=7gml-EHmkr4













Oleh : Nurul Husna Binti Mohamad Tawpik
Penulis menuntut di Universiti Hassan Thani, Mohammedia, Maghribi dalam bidang Ijazah Bahasa Arab (Linguistik) Tahun Tiga.
http://resamkehidupan.blogspot.com/

Wednesday 27 March 2013

Mukmin itu tempat rehatnya hanya di Syurga

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah,Allah yg Maha Teliti dalam setiap perancanganNya..masih mengizinkan insan kerdil ini untuk menulis di sini.Moga setiap patah perkataan atau kalimah yg baik itu dicatat oleh Allah SWT..Amin..

Tahun ni..ana dah msuk form 3.Bagi yg tahun kelahirannya adalah 1998.Sewaktu di Tingkatan 3 inilah,hati kita diuji dan kita nak cuba sesuatu yang baru. Nak cuba itu,nak cuba ini dan 1 lagi..kita baru dapat tahu sikap sahabat2 kita mcm mana.Apa yg ana rasa mcm tulah..

Smoga Allah kuatkan hati kita untuk menempuh dugaan ini.Allah telah berfirman dalam Al-Quran,maksudnya;Apakah kamu dikira beriman setelah kamu benar-benar diuji oleh Allah SWT?Pasakkan didalam hati kita,patuh kepada syariat Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW lagi payah diuji sewaktu menyampaikan dakwahnya.Tapi,baginda sentiasa ingat bahwa Allah SWT sentiasa bersama dengan orang2 yg sabar dan mentaati perintahNya.

Doakan ana ye!Insya'Allah..ana pun doakan kalian.Allah akan tolong sesiapa yang menolong agamaNya.Kita kena bangkit untuk Islam!!Masyarakat kita kebanyakannya ramai yg tenggelam dalam jahiliyah masa kini.

'Peliharalah hak Allah,nescaya Allah memelihara kita.'

Ingat!MUKMIN itu perhentiannya hanya di SYURGA!
Muhasabah diri balik...benarkah kita telah menjalankan amanah kita sbagai khalifah di bumi Allah?
Tepuk dada,tanya Iman.
Wallahua'lam..

Thursday 3 January 2013

Kembali ke Bumi Tarbiyah

Assalamualaikum!
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Masih diberi nikmat bernafas kan kalian!Syukur kepada Allah.Dia Yang Maha Satu,selayaknya untuk dipuji.



ana akan kembali ke sana.Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.
Allah..bukakan hatiku untuk menerima tarbiyah disana.
Andai perjuangan ini mudah,pasti ramai yang menyertainya.Tetapi,perjuangan ini pahit.Hanya orang yang kuat sahaja mampu menyertainya.
Mujahadah itu pahit,kerana syurga itu Manis!
Jadi,bertabahlah!
Kepada kawan-kawan yang telah lama kembali ke MRSM,Ta'yah,SMKA,dan lain-lain.
Selamat berjuang!
Walau kita terpisah di haluan masing-masing,hati kita tetap terikat dengan keimanan terhadapNya!

Terlupa sesuatu!
Murabbi-murabbi di sana pernah berpesan,yang kita ni;pejuang agama!
Insya'Allah!
Semangat nak balik kesana.
Semoga Allah merdhai usaha kita semua.
Salah dan silap harap dimaafkan.
Minta tunjuk ajar kalian semua.
Wassalam..

Coret-coret 2013

Assalamualaikum..
Ucapkan Alhamdulillah,syukur kita kepada Allah! 
Sehari telah berlalu dalam tahun 2013.
dan ana pun telah membesar menjadi seorang remaja
yang perlu berfikiran matang.
Tahun 2013.
Tahun peperiksaan besar!
Besar ke?
X penting besar atau tidak!
Asalkan,kita berusaha!Niat dihati lillahita'ala!
Ingat!
Ilmu yang masuk dalam hati kita,Allah yang bagi.Bukan kita yang beri sendiri!
Umi ana pesan;
Nak menuntut ilmu perlu ada keikhlasan
Niat dalam hati perlu sentiasa diperbetulkan!
Insya'Allah
Doakan ana ye,kawan-kawan!
Sangat-sangat memerlukan doa kalian,
Ingatlah,Allah akan membantu kalian jika kalian berusaha!

Wednesday 26 December 2012

Salah Satu Sunnah Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum!
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah..
Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah!
Ana nak kongsi salah satu sunnah Baginda yang amat mudah dimana Baginda menggunakan ia sebelum memulakan solat Baginda.
Nak tahu apa dia?
Jom tonton kelebihannya dahulu!


Banyak sangat kelebihannya!Ayah ana kata;orang bukan Islam pun guna kayu sugi.Apatah lagi kita,umat Islam sendiri.Jadi,jom sama-sama praktikkan!

Beberapa hadis mengenai tuntutan bersiwak ialah:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ
Terjemahannya: Bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda ia: Seandainya tidak memberatkan aku ke atas umatku nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak (hadits riwayat al-Bukhari)
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: أَكْثَرْتُ عَلَيْكُمْ فِي السِّوَاكِ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Anas bin Malik رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Telah aku sering (memperingatkan) atas kalian mengenai bersiwak. (hadits riwayat al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Seandainya bahwa tidak memberatkan aku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak tatkala setiap kali berwudhu`. (hadits riwayat Ibn Abi Syaibah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Seandainya bahwa tidak memberatkan aku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak tatkala setiap kali bersholat. (hadits riwayat Imam Ahmad)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، قَالَت : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
Terjemahannya: Daripada Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Siwak itu membersihkan bagi mulut, keredhaan bagi Rabb. (hadits riwayat Imam Ahmad)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، أَنّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: عَلَيْكُمْ بِالسِّوَاكِ، فَإِنَّهُ مَطْيَبَةٌ لِلْفَمِ ، وَمَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Hendaklah kalian bersiwak, kerana sesungguhnya bersiwak membaikkan bagi mulut dan keredhaan bagi Rabb. (hadits riwayat Imam Ahmad)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: قَصُّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَالسِّوَاكُ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: 5 perkara daripada fitrah. Memotong misai, mengetip kuku, mencukur bulu kemaluan, mencabut buku ketiak dan bersiwak. (hadits riwayat al-Bukhari)

عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَامَ لِلتَّهَجُّدِ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Huzaifah رضي الله عنه: Sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah apabila bangun ia bagi bertahajjud diwaktu malam, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mengosok mulut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dengan siwak. (hadits riwayat al-Bukhari)

عَنْ عَائِشَةَ، أَنّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ ، كَانَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ، بَدَأَ بِالسِّوَاكِ
Terjemahannya: Daripada Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها bahwasanya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, apabila memasuki Baginda صلى الله عليه وآله وسلم akan rumahnya, memulai ia dengan bersiwak. (hadits riwayat Muslim)

رَكْعَتَانِ بِسِوَاكٍ خَيْرٌ مِنْ سَبْعِينَ رَكْعَةً بِغَيْرِ سِوَاكٍ
Terjemahannya: 2 rakaat dengan bersiwak lebih utama daripada 70 rakaat tanpa bersiwak. (hadits riwayat Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah dengan sanad hasan dan diriwayatkan oleh ad-Daaruqutni dimana perawi-perawinya tsiqah)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ : فَضْلُ الصَّلاةِ الَّتِي يُسْتَاكُ لَهَا عَلَى الصَّلاةِ الَّتِي لا يُسْتَاكُ لَهَا سَبْعِينَ ضِعْفًا
Terjemahannya: Daripada Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Keutamman sholat dengan bersiwak ke atas sholat tanpa siwak adalah 70 kali ganda (hadits riwayat Ahmad, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim, beliau berkata hadits ini shohih atas syarat Muslim dan diakui oleh adz-Dzahabi)

Inilah di antara hadis-hadis yang dapat dikongsikan mengenai tuntutan bersiwak.Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W ini agar sentiasa menjadi umat yang taat kepada Allah dan RasulNya.


Kisah Sayyidah Nafisah

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah s.a.w. Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.

Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan syurga Allah. Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.

Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang wali wanita yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi. Anak perempan mereka lumpuh. Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat, sedangkan suaminya tiada di rumah. Lalu siibu mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu di rumah Sayyidah Nafisah. Sianak bersetuju, lalu dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan pun berkumandang menandakan masuk waktu sembahyang.

Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat. Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya. Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat. 

Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya. Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya seraya berkata: "Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah Tuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi tersebut. Melihatkan hal tersebut Sayyidah Nafisah memberitahu itu semua adalah kehendak dan izin Allah semata-mata.

Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:

" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agamamu ini." 

Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya. 

Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat menyentuh perasaan bagaimana dengan air wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah dengan kehendak Allah jua. Sayyidah Nafisah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain. Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya. Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.

Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian kehebatan yang Alah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat generasi wanita akhir zaman ini.

Wednesday 19 December 2012

Cemburu Dalam Ukhuwah?Wujudkah?


Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah?
JOM kita check balik hati kita :)

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku,
Dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah,
yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu,
dan kerana DIA jugalah yang telah menetapkan ukhuwah ini,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada Nya ..

Hakikatnya, beginilah ukhuwah kerana Allah. Ukhuwah islamiyah itu kerana DIA, bukan kerana aspek-aspek lain. Kita menjalinkan persahabatan kerana Allah yang menemukan kita. Bukan secara pilihan mahupun kebetulan, tetapi semuanya sudah dirancang oleh Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ukhuwah itu juga datang selepas iman. Kerana untuk menjalinkan hati-hati nurani kita semua, hati-hati itu perlu dahulu diisi dengan kesan iman. Kerana itulah:

                              انما المؤمن الاخوة

Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Orang yang beriman yang hatinya sudah terisi dengan cahaya kebenaran dan kesempurnaan. Orang yang menjadikan Islam itu sebagai kompas kehidupannya. Oleh kerana itu juga, orang yang beriman melakukan sesuatu kerana Allah bukannya kerana manusia. Hati orang beriman tidak akan sesekali cemburu melihat saudaranya menjalinkan ukhuwah bersama sahabat yang lain. Malah bertambah kegembiraannya kerana sahabatnya itu menjalinkan ukhuwah dengan ramai orang. Buat apa perlu kita cemburu, sedang api cemburu itu hanya mendatangkan api-api syaitan dan keburukan? Tanpa sifat cemburu yang negatif dalam berukhuwah, kita sebenarnya mampu mencapai banyak kebaikan hasil ukhuwah yang indah tanpa sebarang titik-titik mazmumah. Cemburu itu tidak ke mana, tidak akan membawa sebarang manfaat kepada sesiapa, malah akan mengundang pelbagai rasa-rasa kurang enak dalam diri. Beginikah qudwah yang mahu kita tunjukkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Tidak bukan?

Sahabat,
Manusia bukan milik sesiapa melainkan Allah. Ana bukan milik sahabat ini dan bukan milik sahabat itu. Selagi kita masih sujud di kiblat yang satu, selagi itu kita masih bersaudara. Ana tidak mahu kita bataskan ukhuwah kita dengan insan-insan yang seharusnya kita berukhuwah. Berkawanlah dengan sesiapa sahaja (ikut jantina la ya), seramainya, sebaiknya. Selagi kita masih mampu, berbuat baiklah pada semua orang. Usah kita timbulkan persoalan-persoalan ranting yang tidak membawa kita ke mana-mana. Ana sendiri tidak menetapkan syarat untuk menjalinkan ukhuwah, jadi janganlah risau siapa yang boleh berkawan dengan ana dan siapa yang tidak boleh. Tidak sama sekali. Kita diciptakan untuk saling mengenal antara satu sama lain.Untuk saling ingat-mengingati antaranya. Bagaimana kita nak jalankan tugas khalifah itu sekiranya kita bataskan ukhuwah kita? Fikir-fikirkan lah ya ..

Sahabat,
Usah risau ya. Tiada istilah rampas merampas dalam ukhuwah. Ukhuwah itu kan indah sekiranya kita bertemu dan berpisah kerana-Nya. Meski kita berjauhan, Allah itu ada. DIA berikan kita senjata mukmin. Doa. Berdoalah untuk sahabat kita walau dekat walau jauh. Jangan takut dalam berukhuwah. Hargailah persahabatan yang terbina. Lihatlah zaman Rasulullah dan para sahabat. Bagaimana ukhuwah yang dijalinkan selepas iman? Sehinggakan Abu Bakar r.a sanggup menitiskan air mata untuk Rasul-Nya. Kerana cinta kepada Rasul-Nya dan juga kerana ukhuwah itu dibina selepas iman yang mekar di jiwa. Ambillah pengajaran kisah-kisah terdahulu. Indahnya mereka berukhuwah sekiranya iman sudah mengisi tangkai hati kita. Tiada rasa cemburu yang tidak sepatutnya juga tiada sifat-sifat mazmumah yang hanya memecahbelahkan ukhuwah yang sudah terbina. OKAY? Dah, jom berukhuwah!

Cemburulah .. dalam amalan kebajikan ...

"Ya Allah, peliharalah ukhuwah antara kami. Jauhkanlah hasad-hasad yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Moga ukhuwah ini berkekalan hingga ke Jannah-Nya."

Penulis: Nurul Akmal bt Zabri (akhwat ikram)

Dalam sebuah hadis Qudsi ada mengatakan, "Sekiranya kita mengingati Allah di kalangan orang ramai, nescaya Allah akan mengingati kita dikalangan malaikat. Kemudian malaikat akan menyebarkannya dikalangan manusia dan kemudian manusia akan menyayangi kita."

Maksudnya disini, jika kita mencintai Allah, manusia akan mencintai kita. Jadi, jika kita ada masalah dalam berukhwah, maknanya kita ada masalah hubungan dengan Allah.

Allah akan menguji seseorang pemimpin itu dengan apa yang diperkatakannya :)
Wallahu'alam.