Believe Allah in every seconds of our llife

Believe Allah in every seconds of our llife

Saturday 24 November 2012

Marhalah Sebuah Perjuangan


Mengambil keputusan menyusuri jalan dakwah penuh cabaran, bukan suatu keputusan yang datang dalam keadaan senda gurau untuk bermain-main dan mencuba-cuba. Kewajipan dakwah adalah satu hakikat dalam kehidupan seorang muslim, untuk mengislahkan manusia, dan juga menyeru manusia untuk kembali kepada Allah.
Sepertimana iman, dakwah seorang daei juga berada dalam marhalah (tingkatan) tertentu. Setiap daei mungkin menjalani marhalah-marhalah dakwah ini dalam kehidupannya, bergerak dari satu peringkat dakwah ke peringkat yang lebih tinggi. Senantiasa sang dae'I membaiki diri, metod dan pendekatan dakwahnya. Marhalah dakwah ini boleh kita ibaratkan seperti langkah-langkah kehidupan seorang bayi yang menjalani tumbesaran hidup dengan ceria dan kesungguhan.
Meniarap : Kecil-Kecilan
Mungkin seorang pendakwah itu bermula dengan dakwah secara kecil-kecilan. Menegur ala kadar apa yang tidak enak dimatanya. Mula menegur orang-orang yang dirasakan lebih lemah darinya seperti adik-adiknya sendiri, isterinya atau orang yang berada dibawahnya. Melalui teguran-teguran itulah, dia membina keyakinan untuk menapaki usaha dakwah ke peringkat lain.
Ibarat bayi yang baru mengenal dunia, begitulah dae'i yang baru mengerti kehidupan seorang pendakwah. Bermula dengan rendah diri, dengan wajah sentiasa tertiarap ke bawah. Masih berkira-kira layakkah aku menggalas beban ini sedangkan beban dosa menggunung tinggi. Meniarap sang daei adalah tanda kerendahan hati, namun meniarapnya dia bukan tanda kekalahan bahkan sebuah permualaan kepada sebuah kebangkitan.
Duduk : Meredah Medan Maya
Ada juga dari kita yang mula dengan berdakwah di medan maya. Lebih gemar menggunakan identiti –identiti 'anonymous' supaya tidak dikenali, maka kita mula menghasilkan artikel-artikel yang menyeru kepada kebaikan. Kita juga kerap menghantar bahan-bahan berfaedah melalui Email, Facebook, YM dan sebagainya.
Pernah sekali, masih teringat seorang sahabat yang setiap hari menghantar sepotong hadith atau ayat al-quran di YM, kalau tidak pun pesanan-pesanan lain. Jika berkesempatan saya membacanya, jika serabut cepat-cepat saya memadamkannya dan akan membacanya pada masa terluang.
Namun, begitulah usaha dakwah kita. Tidak susah sebenarnya untuk melakukan dakwah dalam bentuk ini. Tambahan pula fenomena Facebook dan YM sangat dekat di hati masyarakat dan anak muda. Maka kesempatan itu harus diambil sewajarnya. Duduk sahaja di hadapan laptop dan komputer, kerjanya memang mudah sekali. Namun tumbesaran sebagai dae'i tidak terhenti di sebalik kemudahan itu. Duduk seorang daei' memikirkan idea dan strategi, duduknya seorang daie, cuba menghurai masalah ummah. Duduknya cermat dengan akhlak dan budi.
Merangkak : ABC
Kemudian, ada juga dari kita yang sudah bersedia untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi setelah lama selesa menguasai lapangan dakwah maya. Maka kita bergerak dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menyeru kepada kebaikan. Kita menggiatkan tamrin, program kerohanian, kem ibadah dan memperkasakan usrah. Usaha penganjuran aktiviti ini pastilah lebih susah kerana sudah pasti pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Menganjurkan satu program bukanlah semudah ABC, namun memerlukan Azam, Bekalan (ilmu) dan Cekal dalam mengharungi setiap ujian yang mendatang. Ianya perlu jua kepada semangat yang sentiasa berkobar-kobar dalam sesuatu penganjuran yang ada. Barulah ianya sentiasa 'hidup' walaupun beribu rintangan yang menghalang.
Merangkak mungkin mengambil masa untuk sampai ke destinasinya, namun, di saat itulah kita mula melatih kesabaran diri, bekalan untuk menempuh sebuah perjuangan yang masih jauh. Merangkak menuju kepada sebuah cita-cita yang panjang, walau payah akan terus gagah.

Berdiri : Berorganisasi
Setelah itu, kita merasa sudah bersedia untuk bergerak ke medan yang lebih luas, maka kita mula bergiat aktif dalam medium-medium persatuan agar usaha dan kerja berorganisasi lebih teratur dalam mengembangkan dakwah. Bekerja secara organisasi memerlukan iltizam, toleransi dan semangat juang.
Namun, bekerja secara organisasi merupakan satu nikmat Allah yang tidak akan dirasai kecuali oleh mereka yang melaluinya. Melalu kerja-kerja organisasi kita mula mengasah bakat kepimpinan, kita mula lantang berbicara di hadapan audien, kita mula membawakan usrah dan memberi pengisian. Kita juga mula diberikan amanah berupa jawatan dan posisi, dan kita mula mentadbir organisasi. Kerja-kerja dakwah dan cabaran kian lama kian bertambah. Maka kesabaran dan kecekalan hati perlu lebih padu dan jitu dalam menghadapi mehnah-mehnah ini.
Tika berdiri, kita merasakan kita sudah tinggi, memandang ke bawah melihat orang lain masih duduk di bawah kita. Namun, sang dae'i perlu sentiasa berwaspada daripada sikap riya' dan meninggi diri, kerana itulah seburuk-buruk amal yang dilakukan oleh dae'i. Berdirinya seorang daei bukan kerana kemegahan, tetapi kerana keyakinan akan kemenangan sebuah perjuangan.
Berjalan : Turun Padang
Kemudian dakwah kita diteruskan dengan lapangan yang lebih mencabar. Kita mula turun ke medan dakwah sebenar bertemu dengan masyarakat. Kita mula berdakwah turun padang mendekati golongan-golongan yang perlu disentuh hatinya agar sentiasa menerima risalah Islam ini. Mulalah kita menerima hamburan dan caci maki golongan-golongan yang tidak sukakan dakwah kita. Saat kita mengetuk pintu rumah mereka, mereka mengunci dan melarikan diri. Saat kita cuba untuk memberikan sepatah dua perkataan yang baik, mereka mentulikan pendengaran. Namun, ramai juga yang terkesan dari usaha dakwah kita. Banyak masa dan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mengembangkan dakwah ini.
Berjalan melaungkan dakwah ini bukan mudah, kadangkala perjalanan itu meletihkan kita, maka kita duduk sebentar berehat menghela nafas, setelah segar kembali, sang dae'i kembali meneruskan sebuah perjalanan dakwahnya.
Berlari : Ma'ruf vs Mungkar
Kemudian, jika keazaman kita untuk hidup dan berjuang menegakkan agama Allah di jalan dakwah ini, maka kita akan menapaki marhalah seterusnya. Elemen dakwah itu terbahagi kepada dua bahagian besar dan sama pentingnya, ' Menyeru kepada kebaikan' dan ' Mencegah kemungkaran'. Firman Allah dalam menghuraikan 'Amal Makruf' amat jarang dipisahkan dengan 'Nahi Mungkar'.Seharusnya, kedua-dua ini berjalan seiringan.
Jika kita imbas metodologi dakwah kita sebelum ini, kita akan menyedari bahawa usaha dakwah kita lebih banyak tertumpu kepada usaha-usaha menyeru kepada kebaikan. Kita lebih selesa mengambil jalan dakwah yang mengajak manusia kepada kebaikan kerana kita merasakan cukuplah itu bahagian dakwah yang kita jalankan. Sedikit sekali usaha kita dalam mencegah kemungkaran. Kerana apa, kerana saatnya kita mula melakukan usaha dakwah mencegah kemungkaran, maka saat itulah kita akan ditentang dan diuji dengan pelbagai cabaran.

Dakwah Rasulullah di Makkah juga menghadapi Marhalah yang sama. Masyarakat Jahiliyah tidak menghalang Rasulullah untuk menyebarkan kebaikan, namun mereka mula terasa terancam dan bertindak balas melalui penentangan saat Rasulullah mencegah mereka dari kemungkaran menyembah berhala dan pelakuan-pelakuan jahiliyah yang keji.
Sebagai seorang Islam, kita adalah seorang pendakwah bukan secara pilihan tetapi ianya adalah ketetapan. Saat syahadah dilafazkan, maka tugasan menyampaikan dakwah adalah amanah kita. Sahabat Abu Dzar yang hanya beberapa kali bertemu Rasulullah, saat telah memeluk Islam, beliau terus kembali kepada kaumnya dan berjaya mengislamkan penduduk kampungnya. Begitulah juga peranannya kita. Saat berlari pasti jatuh dan tersadung kaki, namun sang dae'i pasti bangun kembali dengan senyum terukir dibibir tanda sebuah ketabahan hati. Tidak mudah mengalah pada mehnah dan cabaran yang membaluti sebuah perjuangan ini.
Marhalah Tertinggi?
Sudah kita menelusuri marhalah-marhalah dakwah ini, dihambat pula persoalan apakah peringkat dakwah yang paling tinggi?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sebaik-baik jihad adalah memperkatakan sesuatu yang benar dihadapan penguasa yang zalim " .
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Jihad dan dakwah yang disebutkan dalah hadith ini adalah tidak lain dan tidak bukan ialah 'jihad politik' sebab ini bertujuan untuk menjadikan system pemerintahan sebagai pemerintahan yang terbaik dan 'adil' ( Petikan Ustaz Sai'd Hawaa dalam buku Jundullah, Jihad Fi Sabilillah)
Walhal Nabi SAW ada menyebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan disahihkan oleh adz-Dzahaby, begitu juga al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah. nombor 374, kata Nabi;
"Penghulu orang yang mati syahid ada dua. Yang pertama ialah Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, dan yang kedua ialah seorang yang berdiri dan menegur di hadapan raja yang zalim, tiba-tiba dia dibunuh atas ucapannya itu."
"Penghulu orang yang mati syahid ada dua. Yang pertama ialah Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, dan yang kedua ialah seorang yang berdiri dan menegur di hadapan raja yang zalim, tiba-tiba dia dibunuh atas ucapannya itu."
Maka, begitulah peringkat dan marhalah perjuangan kita sebagai seorang daei. Biar di mana pun kita berada, pastikan kita sentiasa memberikan ynag terbaik, dan keazaman untuk menjadi lebih baik sentiasa mendorong hati kita untuk mengejar kebaikan.
Walau dimana pun bayi itu berada, saat jatuh dia pasti bangun kembali, saat tersungkur pasti dia berdiri dengan megah walau tangis menjurai air mata buat seketika. Namun pasti dicubanya lagi. Itulah kita, Itulah Babysteps Sebuah Perjuangan seorang dae'i.
Wallahu Anta A'lam

Bicara seorang kakak dengan adiknya..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Moga dapat ambil manfaat!

Bicara seorang kakak dengan adiknya..

“adik tahu, nanti… akak nak cari ‘mujahid’ macam adik”. Kata seorang kakak kepada adiknya dengan sebuah senyuman. 

“kenapa?’’ Soal si adik dengan penuh tanda tanya.

“Sebab, zaman sekarang ni susah nak tengok lelaki yang terpelihara akhlaknya, terjaga pergaulannya.’’ Jawab si kakak.

Kelihatan si adik malu-malu di puji begitu. Sengaja si kakak menyuntik sema
ngat adiknya agar terus menjadi lelaki yang terpelihara.

Walaupun si adik tidak pernah menyatakan rasa cintanya pada mana-mana muslimah, sebagai seorang kakak, dia dapat merasakan ada tanda-tanda cinta yang sedang menyentuh hati adiknya. Si kakak berazam untuk membantu adiknya. Baginya, fitrah itu harus di didik agar tidak terperangkap dengan tipuan syaitan.

“Sekarang ni, masih terlalu awal untuk adik mencintai mana-mana muslimah..’’ kata si kakak lagi.

“Tapi kak, dia tu baik’’. Tiba-tiba si adik berbicara. Subhanallah! benarlah sangkaan si kakak bahawa adiknya sedang menyukai seorang muslimah.

“Ya, memang ‘si dia’ baik’’. Si kakak cuba merai rasa hati adiknya.

“..tapi, kita tak pasti lagi, adakah ‘si dia’ adalah pilihan Allah untuk kita atau sebaliknya.’’ Bicara si kakak. Kelihatan adiknya berfikir panjang.

“Adik, janganlah risau. nanti adik dah bersedia, bagi tahu akak, akak akan carikan muslimah untuk adik.’’ Usik si kakak.

“kalau akak cari, confirm yang penuh keimanan’’ si adik membalas usikkan kakaknya. Mereka tertawa bersama.
Terhibur hati si kakak. Si kakak tahu, kata-kata si adik itu sengaja diciptanya untuk menutup kegelisahan di hatinya.

‘Ya Allah, aku amat mencintai adikku. Aku juga amat mencintai adik-adikku di luar sana. Peliharalah mereka, akhlak mereka.’ Doa si kakak.

Adik-adik muslimah yg di sayangi, mawar berduri untuk kumbang yang berkualiti.

Adik-adik muslimin yg di kasihi, lelaki yang berperibadi mulia, untuk bidadari yang terpelihara.

Kejarlah cinta Allah, Insya-Allah, Allah akan susun pasangan yang terbaik untuk kita. Salam mujahadah! :)

Monday 19 November 2012

Kemana Hilangnya Mujahid Itu?


Assalamualaikum!

Hari beransur gelap,rona jingga kembali malap,lampu-lampu jalan kembali menerangi,manusia yang berkelana semakin surut pulang.Terlihat seorang pemuda yang berjubah singkat itu sedang melilau-lilau di pasar sambil berkali-kali memandang jam di tangannya.Kadang-kadang dia berhenti di sebuah kedai dan berbual-bual seolah-olah sedang bertanya sesuatu.Pemilik kedai itu menggeleng-geleng beberapa kali.

    "Jika mereka boleh menjadi Ansarullah,mengapa kamu tidak?"teringat perbualan tempoh hari.Hari sudah semakin suntuk dikejar senja.Dalam beberapa minit lagi,azan akan berkumandang menyeru orang Islam kembali pulang bertemu Tuhan.Kenapa aku masih disini?

     Beberapa buah gerai sudah melabuhkan tirainya.Sudah mengemas barang dan ada yang sudah pulang.Sedan dia masih terkial-kial seorang diri melilau-lilau di kawasan itu.Sebentar sahaja,kedengaran suara azan berlaun di udara.Dia terhenti,tercari,di manakah masjid terdekat?

     Hampir 400 meter dia berjalan,merntas jalan raya yang dipenuhi kereta yang sudah memasng lampunya.Terasa semakin kuat sengal di kaki,terasa semakin lemah,kekuatannya untuk berjalan lagi."Jika beginipun,sudah nak rebah,jangan harapakan Ansarullah,jadi hamba biasa sekalipun kau tidak akan berjaya:.Ada bisikan yang menyakitkan jiwanya.

     "Yang mendokong perjuanganku ilah pemuda sementara yang membelangiku ialah orang2 tua..(al-hadis)."Ustaz Tariq menyitir potongan hadis ini mengingatkan Alif.

     TertuNduk.MALU!

    Bukankah sifat Ansarullah itu mesti memegang dua 'panji' ini,sama ada menang ,ataupun gugur mati syahid?Mestilah menyerahkan diri seratus peratus kepada kekuatan jemaah dan pemudaAnsarullah yang sanggup mengaut cabaran mengaulkan agama untuk ditinggikan.Akukah orang itu?

   Alif bermonolog lagi,sekian kali hati dipanah rasa gusar sedemikian rupa,rasa 'tidak layak' yang menjatuhkan semangatnya yang membuak-buak.Dia teringin menjadi Pemuda Ansarullah.Satu gelaran yang dimpi-impikan sejak dahulu hingga kini.Dia tahu pemuda Ansarullah mestilah begini-begini,begitu-begitu..banyak langkah,banyak persiapan,banyak yang dia perlu tahu.

     Pemuda yang sanggup ditarbiah.

    Pemuda yang mampu turun ke medan,dan bersiasah.

    Pemuda yang hidupnya hanya melangkah kerana dakwah.

    Pemuda yang berkebajikan,menolng umat yang memerlukan,menolang agama yang ketandusan MUJAHID.

 Kegirangan pemuda yang menaiki motor membingitkan telinga.Alif pulang membawa diri,sekali-sekala dia melihat dirnya sendiri,dari atas ke  bawah,dari bawah ke atas.Apa yang tidak kena?Ada yang tidak kena pada cara dia berpakaiankah?Mungkin.........

   Sepanjang itu...hati dan fikirannya dipalu oleh pemikiran untuk bermuhasabah.Muhasabah yang perlu melibatkan dua hala itu menginsafkan insan  lemah yang teras lemah,insan kuat yang terasa takabbur.Muhasabah itu maghfirah(keampunan)!Dan jalan menuju cemerlang dan perubahan.Dia tertanya bagaimana taswwur ilmu  Islam dalam dirinya,jelas dan tepat lagikah?Atau masih bercelaru soal fahaman furu'(perbezaan) dan fahaman khilafiah(perkara yang menimbulkan keraguan atau pertikaian)?

   Semua orang berfikir mengenai itu.,tetapi dia bukan sekadar mahu fikir tetapi mahu untuk berubah.Dia bertanya lagi, kepada diri yang terasa lemah itu,apakah dia bakal iltizam dan istiqamah dan apakah kesungguhannya untuk mencapai mutu istiqamah itu?Dia takut terjatuh,tersungkur,dan paling mengerikan,dia mungkin dalam kalangan al-mutasaqitun ala toriqotid dakwah-orang yang gugur di jalan dakwah.

  Ataupun bagaimana hablu minallah wa habluminannas dirinya?Soalnya setakat mana?Setakat mana hubungannnya dengan Allah,intimkah?Atau sebaliknya?Jika hubungan dengaN Allah masih lemah,apatah lagi hubungan dengan manusia?

   "Melahirkan pemuda Ansarullah bukan bermaksud menukar peminat pemuda yang suka akan motor kepada pemuda yang suka akan gasing dengan demikian juga tidak bermaksud menukar pemuda yang bermain futsal kepada pemuda yang suka bermain layang-layang dan pemuda yang meminati seni muzik kepada pemuda yang bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja sebagaimana kita tidak menukar pemuda ceramah dan kuliah kepada pemuda congkak dan catur."Terjengah di andas,kalam Ustaz Tariq siang tadi benar-benar menusuk.

  Sambung ustaz itu lagi,"Sebaliknya Pemuda Ansarullah bermaksud pemuda yang dibina akidahnya agar merka memiliki akidah yang sahih,dibina fikrahnya agar mereka miliki fikrah islam yang syumul dan dibina sakhsiahnya agar mereka memiliki sakhsiah yang soleh.Ertinya kita mahu kualiti pemuda yang mengikuti perjuangan kita iaitu Islam."

  Jadi,perlukah aku menukar personaliti,penampilan atau gaya?Tidak sekiranya diterima Islam.Aku cuma perlu menguruskan akidahku,jernihkan fikrahku dan solehkan sakhsiahku.

 Pemuda yang bermain futsal sampai ke peringkat negeri,tetapi apabila disoal tentang akidahnya,dia masih mampu menjawab.Bila datang paderi cuba memperdayakannya,dia yang akan memperdayakan paderi itu semula.

  Pemuda yang membonceng motosikal,tetapi sakhsiahnya soleh,pengetahuannya mengenai Islam syumul.Bila ditanya mengenai hukum memperjuangkan Islam,dia mampu menjawabnya dengan jelas dan jernih.Bila ditanya bilakah baginda SAW wafat,dia bukan sekadar boleh memberitahu tarikh,tetapi boleh menceritakan sirah itu juga.

  Walaupun aku mat rempit tapi aku juga Mujahid.
 Sesiapun boleh menjadi sang mujahid atau ansarullah.Tetapi sayangnya, mereka lupa merekalah orang itu.

 Kita melenting dan terasing dengan gelaran mujahid.
Terasa dihantui dengan panggilan itu........

 Sedangkan itulah fitrah.

Tiga elemen ini melengkapkan kehambaan kita.

1.Sahihkan akidah
2.Jernihkan fikrah
3.Solehkan sakhsiah

Bukankah hal ini mudah?Cuma cetuskan rasa mudah sehingga terkeluarnya mampu.

  Suatu proses yang melengkapkan satu sama lain,sama-samalh berjalan di atas landasan ini/

                    Demi Islam dan masa depannya...


                   Kitalah Mujahid itu..


                    Kitalah Ansarullah itu....

                  Bukan orang lain.

"Sesiapun boleh menjadi sang mujahid atau ansarullah..........."
  Andai ada masalah hati,jangan harap nak berjuang!

Mari jadi Pemuda Ashabul-Kahfi!


::Mahalnya Dirimu Duhai Wanita::

Assalamualaikum!
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Nak share something that's important dri buku yg dibca tdi.. ::

Terimalah.Sedikit rasa saya setelah mengamati kakak,ibu dan sahabat-sahabat sendiri.Mereka yang dijadikan dari tulang rusuk kaum Adam.

Saya bingkiskan buat kaum Hawa sebagai tatapan.Buat lelaki,jadikanlah sebagai rencah agar kita tidak membenci wanita.

      Mereka amat sempurna,istimewa dan anugerah dunia yg sangat bernilai.Penilainya pula tentunya lelaki.


     Duhai Wanita...

Diriku bertanya pada keheningan malam,benarkah dirimu wujud di dunia ini?

        Aku tahu dirimu bukan sang bulan dan mentari,mahupun tompokan bintang pada waktu malam tapi nur yang membelah gelap dan gelita.Jika kau bulan tanpa cahaya,siapa yang mampu melihatmu?Tiada sesiapa yang menyedari dirimu di sana.Tetapi,cahaya kurnia itu membuatkanmu berharga dan bernilai.

     Nur jelita seorang wanita.
  
 Terbanglah duhai wanita mencapai ilusi yang sedang cemperakan dalam mimpimu.Pergilah mendaki gunung impian yang sedang kau angankan sejak kecilmu.Gapailah awan putih yang sering kau lihat pada dinihari.Tiada siapa menghalang.

   Tiada penjara buatmu melainkan bahagia.Kau selalu coretkan diari hidupmu.Teruslah menukil dengan fitrah sucimu,bahagiamu,indahmu dan tenangmu melalui pena yang bercerita mengenai hari-harimu di dunia.Kemudian,kau juga sering tampalkan potret memoir manis yang pernah kau rasai,tampalkanlah bersama hati yang tersenyum kerana hanya dikau yang memahami erti kemanisan yang sebenar.

    Kadangkala aku melihatmu membelai ubun si kecil itu,terketar-ketar tanganmu hingga tersenyum aku melihatnya.Kau begitu takut mengasari si dia yang kau belai saban hari dan kini kau berjaya melihatnya di dunia.Pasti kau ingin mendidiknya agar sebtiasa mentaatimu dan menjadi mereka yg memimpinmu ke syurga.

   Kerenah suamimu buat wanita yang bergelar isteri sentiasa ditatang penuh kasih.Kau endahkan kerenah dengan permata tabah.Kau begitu tega melayan suami  kerana kau sedang melihat dirimu berpakaian lagak puteri  di singgahsana nan indah jelas di babar wajah suami.Kau tahu,hanya dia yang bakal bawa kau ke syurga.

    Betapa prihatinnya dirimu dalam gelaran sahabat.Aku lihat kau pasti bertanya khabar sahabatmu.Lalu,kau nukilkan puisi-puisi indah,buat tatapan sahabatmu.Setiap kali bertemu,pasti kau cium dahi dan pipinya.Hingga kadang-kadang kau tidak berdaya membiarkan air mata menakung sebak.Lalu,kau alirkannya.Itulah air mata anugerah buatmu.

   Kau mudah meluah kasih suci,kau tidak sembunyikan daripada sesiapa.Kau mampu memotretkan sekeping kasih yang sangat suci.Kau bisa lunturkan lelaki yang rakus.Kau bisa teluskan lelaki yang haloba.Kau mampu ertikan kasih buat lelaki.

  Lelaki pasti lemah kerana dirimu.Tetapi,kau tidak pernah menjemput hajat begitu.Kau sedarkan diri dengan fitrah dan lumrah.Tapi,siapakah lelaki yang tiba-tiba menyalahi dirimu dalam goda nafsu mereka,sedangkan kau bersusah payah memagar titipan mujahadah.

  Agungnya dirimu bersama jambangan setia yang kukuh.Lelaki pernah kalah menjaga setia,tetapi dirimu biar berdekad lama,tetap utuh memagar setia.


   Duhai wanita...

     Petiklah dedaun yang menghijau di dahan yang suci,lalu ramukan pada wajah akhlakmu dan ibadatmu.Jangan kau gusar saat wajah menempah biasa,biar lelaki tidak berpalis,tapi seorang insan pasti mengerti kecantikan abadi yang telah kau miliki.Itulah ketakwaanmu.

             Jangan kau mudah memendam rasa.Lelaki bukan mudah mencari yang setia.

  
  Hatimu sungguhpun lembut memaut dahan hidup,tapi sangat tabah mencengkam rasa.Tika hatimu memberi dalam diam,ditenggek seekor 'nuri' yang entah dimana engkau kenali.Jangan lagi,jangan lagi kau memberi semutlak hati.Memberilah pada Yang Memberi rasa itu terlebih dahulu,payungkan hajatmu bersama getar rasa yang selalu memendam lama,dalam tahajud mahupun istikharah-mu.Nescaya Dia sentiasa membuka hijab istijab buatmu yang sedang diterjang badai rasa.Dia tahu perit hatimu dalam memandu mujahadah.
      
   Aku mengerti hal yang tersirat di sukmamu biarpun aku belum pernah meneroka hingga ke situ.Hatimu berwatak suci dalam galau sedih.Dan suci itu kau pelihara dengan pendaman rasa.

   Duhai Wanita..

Sirna bukan kerdipan bintang?

Jauh sekali tergantung di pohon lazuardi.

Terkadang,hajatmu diremuk tidak terpalis,

  Sedang kau menyimpan rasa,sedang dia hilang membawa diri.

   Jika kau mencetus rasa untuk mengubah gelaran sunti kepada isteri,jadilah seorang ibu buat anak-anakmu nanti,bukan hanya isteri yang bergantung beban di bahu lelaki.

  Tiba masanya kau bakal dipagut usia,tapi biar berharga saat nyawa tergantung pada setia bersamanya.

  Tiba masanya kau menyusul Zulaikha,mengubah erti cinta dari nafsu.Memandang mujahadah Yusuf A.S hingga menjemput nasuha bertandang.

  Atau Khadijah yang membuang harta peribadi demi mengejar cinta  sri al-Amin yang miskin dicela.Khadijah mencari cinta sejati,bukan kerana wajah atau ulung peribadi.Akhirnya,bahagia membawa ke syurga.

  Atau Hawa yang mengembara mencari mencari bukti pada setianya Adam A.S.

  Atau Asiah yang mampu bergelar isteri solehah biarpun suami kejam tidak terhingga.

  Dan Aisyah yang penuh derita hidup bersama suami tercinta sehingga takdir meletakkan pangkuannya dalam detik-detik terakhir baginda SAW.Ternyata bahagia bukan pada harta,tapi pada cinta.

  Jadilah sesiapa sekalipun duhai wanita.Tapi,jangan kau ubah jawatan serikandi yang telah kau genggami.Teruslah melengkapkan sayap perjuangan buat lelaki.

 Duhai wanita,terbanglah mengucup nestapa setia dan bahagia.

 Mahalnya dirimu duhai wanita.

"Duhai wanita,memberilah pada Yang Memberi rasa terlebih dahulu."

Wednesday 14 November 2012

10 Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah

10 Muwasafat Tarbiyah










"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku. 

p/s:semoga dapat diamalkan dalam kehidupan :)