Believe Allah in every seconds of our llife

Believe Allah in every seconds of our llife

Monday 19 November 2012

::Mahalnya Dirimu Duhai Wanita::

Assalamualaikum!
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Nak share something that's important dri buku yg dibca tdi.. ::

Terimalah.Sedikit rasa saya setelah mengamati kakak,ibu dan sahabat-sahabat sendiri.Mereka yang dijadikan dari tulang rusuk kaum Adam.

Saya bingkiskan buat kaum Hawa sebagai tatapan.Buat lelaki,jadikanlah sebagai rencah agar kita tidak membenci wanita.

      Mereka amat sempurna,istimewa dan anugerah dunia yg sangat bernilai.Penilainya pula tentunya lelaki.


     Duhai Wanita...

Diriku bertanya pada keheningan malam,benarkah dirimu wujud di dunia ini?

        Aku tahu dirimu bukan sang bulan dan mentari,mahupun tompokan bintang pada waktu malam tapi nur yang membelah gelap dan gelita.Jika kau bulan tanpa cahaya,siapa yang mampu melihatmu?Tiada sesiapa yang menyedari dirimu di sana.Tetapi,cahaya kurnia itu membuatkanmu berharga dan bernilai.

     Nur jelita seorang wanita.
  
 Terbanglah duhai wanita mencapai ilusi yang sedang cemperakan dalam mimpimu.Pergilah mendaki gunung impian yang sedang kau angankan sejak kecilmu.Gapailah awan putih yang sering kau lihat pada dinihari.Tiada siapa menghalang.

   Tiada penjara buatmu melainkan bahagia.Kau selalu coretkan diari hidupmu.Teruslah menukil dengan fitrah sucimu,bahagiamu,indahmu dan tenangmu melalui pena yang bercerita mengenai hari-harimu di dunia.Kemudian,kau juga sering tampalkan potret memoir manis yang pernah kau rasai,tampalkanlah bersama hati yang tersenyum kerana hanya dikau yang memahami erti kemanisan yang sebenar.

    Kadangkala aku melihatmu membelai ubun si kecil itu,terketar-ketar tanganmu hingga tersenyum aku melihatnya.Kau begitu takut mengasari si dia yang kau belai saban hari dan kini kau berjaya melihatnya di dunia.Pasti kau ingin mendidiknya agar sebtiasa mentaatimu dan menjadi mereka yg memimpinmu ke syurga.

   Kerenah suamimu buat wanita yang bergelar isteri sentiasa ditatang penuh kasih.Kau endahkan kerenah dengan permata tabah.Kau begitu tega melayan suami  kerana kau sedang melihat dirimu berpakaian lagak puteri  di singgahsana nan indah jelas di babar wajah suami.Kau tahu,hanya dia yang bakal bawa kau ke syurga.

    Betapa prihatinnya dirimu dalam gelaran sahabat.Aku lihat kau pasti bertanya khabar sahabatmu.Lalu,kau nukilkan puisi-puisi indah,buat tatapan sahabatmu.Setiap kali bertemu,pasti kau cium dahi dan pipinya.Hingga kadang-kadang kau tidak berdaya membiarkan air mata menakung sebak.Lalu,kau alirkannya.Itulah air mata anugerah buatmu.

   Kau mudah meluah kasih suci,kau tidak sembunyikan daripada sesiapa.Kau mampu memotretkan sekeping kasih yang sangat suci.Kau bisa lunturkan lelaki yang rakus.Kau bisa teluskan lelaki yang haloba.Kau mampu ertikan kasih buat lelaki.

  Lelaki pasti lemah kerana dirimu.Tetapi,kau tidak pernah menjemput hajat begitu.Kau sedarkan diri dengan fitrah dan lumrah.Tapi,siapakah lelaki yang tiba-tiba menyalahi dirimu dalam goda nafsu mereka,sedangkan kau bersusah payah memagar titipan mujahadah.

  Agungnya dirimu bersama jambangan setia yang kukuh.Lelaki pernah kalah menjaga setia,tetapi dirimu biar berdekad lama,tetap utuh memagar setia.


   Duhai wanita...

     Petiklah dedaun yang menghijau di dahan yang suci,lalu ramukan pada wajah akhlakmu dan ibadatmu.Jangan kau gusar saat wajah menempah biasa,biar lelaki tidak berpalis,tapi seorang insan pasti mengerti kecantikan abadi yang telah kau miliki.Itulah ketakwaanmu.

             Jangan kau mudah memendam rasa.Lelaki bukan mudah mencari yang setia.

  
  Hatimu sungguhpun lembut memaut dahan hidup,tapi sangat tabah mencengkam rasa.Tika hatimu memberi dalam diam,ditenggek seekor 'nuri' yang entah dimana engkau kenali.Jangan lagi,jangan lagi kau memberi semutlak hati.Memberilah pada Yang Memberi rasa itu terlebih dahulu,payungkan hajatmu bersama getar rasa yang selalu memendam lama,dalam tahajud mahupun istikharah-mu.Nescaya Dia sentiasa membuka hijab istijab buatmu yang sedang diterjang badai rasa.Dia tahu perit hatimu dalam memandu mujahadah.
      
   Aku mengerti hal yang tersirat di sukmamu biarpun aku belum pernah meneroka hingga ke situ.Hatimu berwatak suci dalam galau sedih.Dan suci itu kau pelihara dengan pendaman rasa.

   Duhai Wanita..

Sirna bukan kerdipan bintang?

Jauh sekali tergantung di pohon lazuardi.

Terkadang,hajatmu diremuk tidak terpalis,

  Sedang kau menyimpan rasa,sedang dia hilang membawa diri.

   Jika kau mencetus rasa untuk mengubah gelaran sunti kepada isteri,jadilah seorang ibu buat anak-anakmu nanti,bukan hanya isteri yang bergantung beban di bahu lelaki.

  Tiba masanya kau bakal dipagut usia,tapi biar berharga saat nyawa tergantung pada setia bersamanya.

  Tiba masanya kau menyusul Zulaikha,mengubah erti cinta dari nafsu.Memandang mujahadah Yusuf A.S hingga menjemput nasuha bertandang.

  Atau Khadijah yang membuang harta peribadi demi mengejar cinta  sri al-Amin yang miskin dicela.Khadijah mencari cinta sejati,bukan kerana wajah atau ulung peribadi.Akhirnya,bahagia membawa ke syurga.

  Atau Hawa yang mengembara mencari mencari bukti pada setianya Adam A.S.

  Atau Asiah yang mampu bergelar isteri solehah biarpun suami kejam tidak terhingga.

  Dan Aisyah yang penuh derita hidup bersama suami tercinta sehingga takdir meletakkan pangkuannya dalam detik-detik terakhir baginda SAW.Ternyata bahagia bukan pada harta,tapi pada cinta.

  Jadilah sesiapa sekalipun duhai wanita.Tapi,jangan kau ubah jawatan serikandi yang telah kau genggami.Teruslah melengkapkan sayap perjuangan buat lelaki.

 Duhai wanita,terbanglah mengucup nestapa setia dan bahagia.

 Mahalnya dirimu duhai wanita.

"Duhai wanita,memberilah pada Yang Memberi rasa terlebih dahulu."

No comments:

Post a Comment