Believe Allah in every seconds of our llife

Believe Allah in every seconds of our llife

Wednesday 19 December 2012

Cemburu Dalam Ukhuwah?Wujudkah?


Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah?
JOM kita check balik hati kita :)

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku,
Dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah,
yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu,
dan kerana DIA jugalah yang telah menetapkan ukhuwah ini,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada Nya ..

Hakikatnya, beginilah ukhuwah kerana Allah. Ukhuwah islamiyah itu kerana DIA, bukan kerana aspek-aspek lain. Kita menjalinkan persahabatan kerana Allah yang menemukan kita. Bukan secara pilihan mahupun kebetulan, tetapi semuanya sudah dirancang oleh Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ukhuwah itu juga datang selepas iman. Kerana untuk menjalinkan hati-hati nurani kita semua, hati-hati itu perlu dahulu diisi dengan kesan iman. Kerana itulah:

                              انما المؤمن الاخوة

Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Orang yang beriman yang hatinya sudah terisi dengan cahaya kebenaran dan kesempurnaan. Orang yang menjadikan Islam itu sebagai kompas kehidupannya. Oleh kerana itu juga, orang yang beriman melakukan sesuatu kerana Allah bukannya kerana manusia. Hati orang beriman tidak akan sesekali cemburu melihat saudaranya menjalinkan ukhuwah bersama sahabat yang lain. Malah bertambah kegembiraannya kerana sahabatnya itu menjalinkan ukhuwah dengan ramai orang. Buat apa perlu kita cemburu, sedang api cemburu itu hanya mendatangkan api-api syaitan dan keburukan? Tanpa sifat cemburu yang negatif dalam berukhuwah, kita sebenarnya mampu mencapai banyak kebaikan hasil ukhuwah yang indah tanpa sebarang titik-titik mazmumah. Cemburu itu tidak ke mana, tidak akan membawa sebarang manfaat kepada sesiapa, malah akan mengundang pelbagai rasa-rasa kurang enak dalam diri. Beginikah qudwah yang mahu kita tunjukkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Tidak bukan?

Sahabat,
Manusia bukan milik sesiapa melainkan Allah. Ana bukan milik sahabat ini dan bukan milik sahabat itu. Selagi kita masih sujud di kiblat yang satu, selagi itu kita masih bersaudara. Ana tidak mahu kita bataskan ukhuwah kita dengan insan-insan yang seharusnya kita berukhuwah. Berkawanlah dengan sesiapa sahaja (ikut jantina la ya), seramainya, sebaiknya. Selagi kita masih mampu, berbuat baiklah pada semua orang. Usah kita timbulkan persoalan-persoalan ranting yang tidak membawa kita ke mana-mana. Ana sendiri tidak menetapkan syarat untuk menjalinkan ukhuwah, jadi janganlah risau siapa yang boleh berkawan dengan ana dan siapa yang tidak boleh. Tidak sama sekali. Kita diciptakan untuk saling mengenal antara satu sama lain.Untuk saling ingat-mengingati antaranya. Bagaimana kita nak jalankan tugas khalifah itu sekiranya kita bataskan ukhuwah kita? Fikir-fikirkan lah ya ..

Sahabat,
Usah risau ya. Tiada istilah rampas merampas dalam ukhuwah. Ukhuwah itu kan indah sekiranya kita bertemu dan berpisah kerana-Nya. Meski kita berjauhan, Allah itu ada. DIA berikan kita senjata mukmin. Doa. Berdoalah untuk sahabat kita walau dekat walau jauh. Jangan takut dalam berukhuwah. Hargailah persahabatan yang terbina. Lihatlah zaman Rasulullah dan para sahabat. Bagaimana ukhuwah yang dijalinkan selepas iman? Sehinggakan Abu Bakar r.a sanggup menitiskan air mata untuk Rasul-Nya. Kerana cinta kepada Rasul-Nya dan juga kerana ukhuwah itu dibina selepas iman yang mekar di jiwa. Ambillah pengajaran kisah-kisah terdahulu. Indahnya mereka berukhuwah sekiranya iman sudah mengisi tangkai hati kita. Tiada rasa cemburu yang tidak sepatutnya juga tiada sifat-sifat mazmumah yang hanya memecahbelahkan ukhuwah yang sudah terbina. OKAY? Dah, jom berukhuwah!

Cemburulah .. dalam amalan kebajikan ...

"Ya Allah, peliharalah ukhuwah antara kami. Jauhkanlah hasad-hasad yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Moga ukhuwah ini berkekalan hingga ke Jannah-Nya."

Penulis: Nurul Akmal bt Zabri (akhwat ikram)

Dalam sebuah hadis Qudsi ada mengatakan, "Sekiranya kita mengingati Allah di kalangan orang ramai, nescaya Allah akan mengingati kita dikalangan malaikat. Kemudian malaikat akan menyebarkannya dikalangan manusia dan kemudian manusia akan menyayangi kita."

Maksudnya disini, jika kita mencintai Allah, manusia akan mencintai kita. Jadi, jika kita ada masalah dalam berukhwah, maknanya kita ada masalah hubungan dengan Allah.

Allah akan menguji seseorang pemimpin itu dengan apa yang diperkatakannya :)
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment