Believe Allah in every seconds of our llife

Believe Allah in every seconds of our llife

Wednesday, 26 December 2012

Salah Satu Sunnah Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum!
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah..
Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah!
Ana nak kongsi salah satu sunnah Baginda yang amat mudah dimana Baginda menggunakan ia sebelum memulakan solat Baginda.
Nak tahu apa dia?
Jom tonton kelebihannya dahulu!


Banyak sangat kelebihannya!Ayah ana kata;orang bukan Islam pun guna kayu sugi.Apatah lagi kita,umat Islam sendiri.Jadi,jom sama-sama praktikkan!

Beberapa hadis mengenai tuntutan bersiwak ialah:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ
Terjemahannya: Bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda ia: Seandainya tidak memberatkan aku ke atas umatku nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak (hadits riwayat al-Bukhari)
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: أَكْثَرْتُ عَلَيْكُمْ فِي السِّوَاكِ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Anas bin Malik رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Telah aku sering (memperingatkan) atas kalian mengenai bersiwak. (hadits riwayat al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Seandainya bahwa tidak memberatkan aku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak tatkala setiap kali berwudhu`. (hadits riwayat Ibn Abi Syaibah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Seandainya bahwa tidak memberatkan aku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak tatkala setiap kali bersholat. (hadits riwayat Imam Ahmad)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، قَالَت : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
Terjemahannya: Daripada Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Siwak itu membersihkan bagi mulut, keredhaan bagi Rabb. (hadits riwayat Imam Ahmad)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، أَنّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: عَلَيْكُمْ بِالسِّوَاكِ، فَإِنَّهُ مَطْيَبَةٌ لِلْفَمِ ، وَمَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Hendaklah kalian bersiwak, kerana sesungguhnya bersiwak membaikkan bagi mulut dan keredhaan bagi Rabb. (hadits riwayat Imam Ahmad)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: قَصُّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَحَلْقُ الْعَانَةِ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَالسِّوَاكُ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: 5 perkara daripada fitrah. Memotong misai, mengetip kuku, mencukur bulu kemaluan, mencabut buku ketiak dan bersiwak. (hadits riwayat al-Bukhari)

عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَامَ لِلتَّهَجُّدِ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ
Terjemahannya: Daripada Sayyidina Huzaifah رضي الله عنه: Sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah apabila bangun ia bagi bertahajjud diwaktu malam, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mengosok mulut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dengan siwak. (hadits riwayat al-Bukhari)

عَنْ عَائِشَةَ، أَنّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ ، كَانَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ، بَدَأَ بِالسِّوَاكِ
Terjemahannya: Daripada Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها bahwasanya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, apabila memasuki Baginda صلى الله عليه وآله وسلم akan rumahnya, memulai ia dengan bersiwak. (hadits riwayat Muslim)

رَكْعَتَانِ بِسِوَاكٍ خَيْرٌ مِنْ سَبْعِينَ رَكْعَةً بِغَيْرِ سِوَاكٍ
Terjemahannya: 2 rakaat dengan bersiwak lebih utama daripada 70 rakaat tanpa bersiwak. (hadits riwayat Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah dengan sanad hasan dan diriwayatkan oleh ad-Daaruqutni dimana perawi-perawinya tsiqah)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ : فَضْلُ الصَّلاةِ الَّتِي يُسْتَاكُ لَهَا عَلَى الصَّلاةِ الَّتِي لا يُسْتَاكُ لَهَا سَبْعِينَ ضِعْفًا
Terjemahannya: Daripada Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Keutamman sholat dengan bersiwak ke atas sholat tanpa siwak adalah 70 kali ganda (hadits riwayat Ahmad, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim, beliau berkata hadits ini shohih atas syarat Muslim dan diakui oleh adz-Dzahabi)

Inilah di antara hadis-hadis yang dapat dikongsikan mengenai tuntutan bersiwak.Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W ini agar sentiasa menjadi umat yang taat kepada Allah dan RasulNya.


Kisah Sayyidah Nafisah

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah s.a.w. Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.

Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan syurga Allah. Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.

Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang wali wanita yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi. Anak perempan mereka lumpuh. Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat, sedangkan suaminya tiada di rumah. Lalu siibu mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu di rumah Sayyidah Nafisah. Sianak bersetuju, lalu dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan pun berkumandang menandakan masuk waktu sembahyang.

Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat. Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya. Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat. 

Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya. Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya seraya berkata: "Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah Tuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi tersebut. Melihatkan hal tersebut Sayyidah Nafisah memberitahu itu semua adalah kehendak dan izin Allah semata-mata.

Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:

" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agamamu ini." 

Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya. 

Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat menyentuh perasaan bagaimana dengan air wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah dengan kehendak Allah jua. Sayyidah Nafisah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain. Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya. Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.

Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian kehebatan yang Alah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat generasi wanita akhir zaman ini.

Wednesday, 19 December 2012

Cemburu Dalam Ukhuwah?Wujudkah?


Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah?
JOM kita check balik hati kita :)

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku,
Dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah,
yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu,
dan kerana DIA jugalah yang telah menetapkan ukhuwah ini,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada Nya ..

Hakikatnya, beginilah ukhuwah kerana Allah. Ukhuwah islamiyah itu kerana DIA, bukan kerana aspek-aspek lain. Kita menjalinkan persahabatan kerana Allah yang menemukan kita. Bukan secara pilihan mahupun kebetulan, tetapi semuanya sudah dirancang oleh Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ukhuwah itu juga datang selepas iman. Kerana untuk menjalinkan hati-hati nurani kita semua, hati-hati itu perlu dahulu diisi dengan kesan iman. Kerana itulah:

                              انما المؤمن الاخوة

Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Orang yang beriman yang hatinya sudah terisi dengan cahaya kebenaran dan kesempurnaan. Orang yang menjadikan Islam itu sebagai kompas kehidupannya. Oleh kerana itu juga, orang yang beriman melakukan sesuatu kerana Allah bukannya kerana manusia. Hati orang beriman tidak akan sesekali cemburu melihat saudaranya menjalinkan ukhuwah bersama sahabat yang lain. Malah bertambah kegembiraannya kerana sahabatnya itu menjalinkan ukhuwah dengan ramai orang. Buat apa perlu kita cemburu, sedang api cemburu itu hanya mendatangkan api-api syaitan dan keburukan? Tanpa sifat cemburu yang negatif dalam berukhuwah, kita sebenarnya mampu mencapai banyak kebaikan hasil ukhuwah yang indah tanpa sebarang titik-titik mazmumah. Cemburu itu tidak ke mana, tidak akan membawa sebarang manfaat kepada sesiapa, malah akan mengundang pelbagai rasa-rasa kurang enak dalam diri. Beginikah qudwah yang mahu kita tunjukkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Tidak bukan?

Sahabat,
Manusia bukan milik sesiapa melainkan Allah. Ana bukan milik sahabat ini dan bukan milik sahabat itu. Selagi kita masih sujud di kiblat yang satu, selagi itu kita masih bersaudara. Ana tidak mahu kita bataskan ukhuwah kita dengan insan-insan yang seharusnya kita berukhuwah. Berkawanlah dengan sesiapa sahaja (ikut jantina la ya), seramainya, sebaiknya. Selagi kita masih mampu, berbuat baiklah pada semua orang. Usah kita timbulkan persoalan-persoalan ranting yang tidak membawa kita ke mana-mana. Ana sendiri tidak menetapkan syarat untuk menjalinkan ukhuwah, jadi janganlah risau siapa yang boleh berkawan dengan ana dan siapa yang tidak boleh. Tidak sama sekali. Kita diciptakan untuk saling mengenal antara satu sama lain.Untuk saling ingat-mengingati antaranya. Bagaimana kita nak jalankan tugas khalifah itu sekiranya kita bataskan ukhuwah kita? Fikir-fikirkan lah ya ..

Sahabat,
Usah risau ya. Tiada istilah rampas merampas dalam ukhuwah. Ukhuwah itu kan indah sekiranya kita bertemu dan berpisah kerana-Nya. Meski kita berjauhan, Allah itu ada. DIA berikan kita senjata mukmin. Doa. Berdoalah untuk sahabat kita walau dekat walau jauh. Jangan takut dalam berukhuwah. Hargailah persahabatan yang terbina. Lihatlah zaman Rasulullah dan para sahabat. Bagaimana ukhuwah yang dijalinkan selepas iman? Sehinggakan Abu Bakar r.a sanggup menitiskan air mata untuk Rasul-Nya. Kerana cinta kepada Rasul-Nya dan juga kerana ukhuwah itu dibina selepas iman yang mekar di jiwa. Ambillah pengajaran kisah-kisah terdahulu. Indahnya mereka berukhuwah sekiranya iman sudah mengisi tangkai hati kita. Tiada rasa cemburu yang tidak sepatutnya juga tiada sifat-sifat mazmumah yang hanya memecahbelahkan ukhuwah yang sudah terbina. OKAY? Dah, jom berukhuwah!

Cemburulah .. dalam amalan kebajikan ...

"Ya Allah, peliharalah ukhuwah antara kami. Jauhkanlah hasad-hasad yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Moga ukhuwah ini berkekalan hingga ke Jannah-Nya."

Penulis: Nurul Akmal bt Zabri (akhwat ikram)

Dalam sebuah hadis Qudsi ada mengatakan, "Sekiranya kita mengingati Allah di kalangan orang ramai, nescaya Allah akan mengingati kita dikalangan malaikat. Kemudian malaikat akan menyebarkannya dikalangan manusia dan kemudian manusia akan menyayangi kita."

Maksudnya disini, jika kita mencintai Allah, manusia akan mencintai kita. Jadi, jika kita ada masalah dalam berukhwah, maknanya kita ada masalah hubungan dengan Allah.

Allah akan menguji seseorang pemimpin itu dengan apa yang diperkatakannya :)
Wallahu'alam.

Tuesday, 18 December 2012

P.M.R 2

Assalamualaikum!
Bismillahirrahmanirrahim..
Ana nak sambung kembali 'update post' tentang PMR tadi.. :')
Tahun depan,2013,batch 1998 adalah yang terakhir mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ini..
Dup!Dap!Dup!Dap
debaran kian terasa
Ini baru ujian di dunia,belum lagi ujian di akhirat sana.
PMR yang akan kita hadapi juga adalah salah satu wasilah(jalan)untuk menuju dunia akhirat.


yang penting,usaha kita!Doa,Usaha,Istiqamah,Tawakal kepada Allah.Sentiasa berfikiran positif!
Kejayaan milik siapa yg berusaha.Dengan ilmu,kita akan berjaya di dunia dan akhirat.
Jangan pernah lelah dalam mencari ilmu!
Usaha Tangga Kejayaan!


Saling mendoakan ya,sahabat sekalian!Semoga kita berjaya dalam hidup!



Wallahua'lam..

P.M.R



                                  Assalamualaikum!
                           ~Bismillahirrahmanirrahim~


Alhamdulillah,harini Allah masih beri kita kesempatan untuk bernafas di atas muka bumiNya!Bukan untuk mengulangi kesalahan semalam!Tetapi untuk memperbaiki akhlak kita dan menjalankan tugas sebagai hambaNya!


                                     P.M.R
         Pecutan.Menggapai.RedhaNya

Kehidupan  kita di dunia tidak lama.Jadi,bangkitlah!Untuk terus melakukan kebaikan.Semoga apa yang kita lakukan diredhaiNya!
Dengan kesempatan diberi oleh Allah kepada kita. Ayuhlah sama-sama kita renung kembali diri kita. Adakah kita selama ini telah dan sedang mengumpul bekalan untuk menghadap-Nya? Jika ya, apakah ia bertepatan apa yang dikehendaki oleh-Nya?

Muhasabah diri kita kembali!Redha perlu dicari bukan dinanti!Jangan pernah berputus asa!!







Sunday, 16 December 2012

Kem Minda Kreatif-16

                                       Assalamualaikum!

                                         Bismillahirrahmanirrahim..

                                 Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah..


 semoga sentiasa berada di bawah perlindunganNya


      Ana rindu sahibah-sahibah yg menghadirkan diri dalam Kem Minda Kreatif-16 yang berlangsung pada 16-18 November..Rindu sangat2!! Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..




                  Apa Khabar Iman sahibah-sahibah tak kira dimana jua?


                     Semoga Iman kita bertambah ya!InsyaAllah! :') 


                Walaupun antunna berada di mana-mana,ingatlah Allah      selalu!Allah sentiasa memerhatikan kita!Rasailah                                    pemerhatian daripada Allah...


        Kepada kakak2 fasilitator,yg amat berdedikasi dan lain-lain..terima kasih banyak2 sebab brjaya setelah penat lelah menghadapi kerenah kami semua yg bermacam-macam ni.. :D


              Sahibah-sahibah kat KmK semua yang terbaik!Alhamdulillah..






yg ana masih ingt..ramailah nk sebut nma kat sini!Insya'Allah,mereka masih dalam ingatan..takpun,dalam doa. :")


sewaktu hening pagi bersama k.Salsabil!koreksi nama2 Allah.Antaranya Al-Hafiz,Allah Yang Maha Memelihara.Masih ingat kata-kata k.Salsabil;Allah melindungi kita daripada binatang buas dan lain-lain.Buktinya,semasa hening pagi,tiada yang hilang.Maha Suci Allah.. Allah mempunyai nama-nama yang Indah!




sewaktu pendakian bukit.. haa..sewaktu pendakian nilah yang paling mencabar!sangat-sangat mencabar!banyak pohon berduri!Ada abang yang pesan,ana x ingat nama abg tu apa..selalu bagi informasi kat kawan yang berada di belakang.kalau terputus komunikasi,kesian sahabat2 kita di belakang.Antaranya;ada duri di hadapan! Jalan licin!
Tunduk2! Ada duri! 


Alhamdulillah,setelah hampir beberapa jam,sampai di kampung orang asli.Sesampainya di kampung orang asli,hujan turun dgn lebatnya!Hujan rahmat daripada Allah..
Ok,setakat ni sahaja tntg pendakian bukit.Banyak kenangan sebenarnya di KMK ni!
ALHAMDULILLAH!

Allah pilih untuk sama-sama menyertai kem ini.
Kepada teman-teman se'chalet';K.Hasya,K.Hajar,K.Fatini,K.Aisyah,Munirah dan Maisarah.
Terima kasih,Ain ucapkan!
:))


Semoga,apa yang kita dapat di KMK dapat digunakan+diamalkan  untuk membantu Islam.Insya'Allah..



Tuesday, 11 December 2012

Kisah Khidir dan Nabi Musa

                                          Assalamualaikum!
Bismillahirrahmanirrahim..

     Alhamdulillah,Allah beri kesempatan buat ana untuk meng'update' blog ni..Syukur kepada Allah..Ana nak kongsi sebahagian daripada  sirah para Nabi harini..Yg mana,ana dapat ilmu baru harini..Jom baca!

                   
                                           kisah ini sebenarnya daripada Al-Quran

Nabi Khidir ditugaskan membimbing Nabi Musa yang hidup dizamannya, sebagaimana kita sekarang wajib menyampaikan dakwah kepada orang lain disekeliling kita. Beliau tidak dikurniakan Mukjizat seperti Nabi Musa sebaliknya diajarkan ilmu secara Laduni(ilmu yg datang terus drpd Allah). 

Hal ini turut dimiliki Para Wali Allah dan Alim Ulama yang dianugerahkan Allah Ilmu Makrifat serta Kasyaf. Golongan ini selalu berhati-hati untuk tidak membusungkan dada dengan Ilmu yang mereka miliki. Sifat Warak dan merendah diri pada beliau inilah yang diamalkan oleh para Wali Allah seperti Syekh Abdul Qadir Jailani yang namanya senantiasa disebut-sebut sampai hari ini walaupun telah wafat ribuan tahun yang lampau.


Salah satu kisah Al-Quran yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan misteri, kisah seorang hamba yang Allah SWT memberinya rahmat dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Yang mana kisah tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi Musa, yaitu:
"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai bertahun-tahun." (QS. al-Kahfi: 60)

Kalimat yang samar menunjukkan bahwa Musa telah bertekad untuk meneruskan perjalanan selama waktu yang cukup lama kecuali jika beliau mampu mencapai majma al-Bahrain (pertemuan dua buah lautan). Seandainya tempat itu harus disebutkan niscaya Allah SWT akan rnenyebutkannya.

Namun Al-Quran al-Karim sengaja menyembunyikan tempat itu, sebagaimana Al-Quran tidak menyebutkan kapan itu terjadi. Begitu juga, Al-Quran tidak menyebutkan nama-nama orang-orang yang terdapat dalam kisah itu karena adanya hikmah yang tinggi yang kita tidak mengetahuinya.

Kisah tersebut berhubungan dengan suatu ilmu yang tidak kita miliki, karena biasanya ilmu yang kita kuasai berkaitan dengan sebab-sebab tertentu. Dan tidak juga ia berkaitan dengan ilmu para nabi karena biasanya ilmu para nabi berdasarkan wahyu. Kita sekarang berhadapan dengan suatu ilmu dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang berkaitan dengan takdir yang sangat tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian tabir yang tebal. Di samping itu, bahkan Al-Quran sengaja menyembunyikan pahlawan dari kisah ini.

Allah SWT mengisyaratkan hal tersebut dalam firman-Nya:

"Seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."(QS. al-Kahfi: 65)

Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan siapa nama hamba yang dimaksud, yaitu seorang hamba yang dicari oleh Musa AS agar ia dapat belajar darinya. Nabi Musa adalah seorang yang diajak bebicara langsung oleh Allah SWT dan ia salah seorang ulul azmi dari para rasul.

Beliau adalah pemilik mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan seorang Nabi yang Taurat diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun dalam kisah ini, beliau menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus belajar kepada gurunya dan menahan penderitaan di tengah-tengah belajarnya itu yang didalam hadis yang suci disebutkan bahwa ia adalah Khidir as.

Musa berjalan bersama hamba yang menerima ilmunya dari Allah SWT tanpa sebab-sebab penerimaan ilmu yang biasa kita ketahui. Mula-mula Khidir menolak ditemani oleh Musa.

Khidir memberitahu Musa bahwa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Akhirnya, Khidir mau ditemani oleh Musa tapi dengan syarat, hendaklah ia tidak bertanya tentang apa yang dilakukan Khidir sehingga Khidir menceritakan kepadanya.

Khidir merupakan simbol ketenangan dan diam; ia tidak berbicara dan gerak-geriknya menimbulkan kegelisahan dan kebingungan dalam diri Musa. Sebagian tindakan yang dilakukan oleh Khidir jelas-jelas dianggap sebagai kejahatan di mata Musa; sebagian tindakan Khidir yang lain dianggap Musa sebagai hal yang tidak memiliki arti apa pun; dan tindakan yang lain justru membuat Musa bingung dan membuatnya menentang.

Meskipun Musa memiliki ilmu yang tinggi dan kedudukan yang luar biasa namun beliau mendapati dirinya dalam keadaan kebingungan melihat perilaku hamba yang mendapatkan karunia ilmunya dari sisi Allah SWT.

Ilmu Musa yang berlandaskan syariat menjadi bingung ketika menghadapi ilmu hamba ini yang berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bagian dari hakikat. Terkadang hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga para nabi pun sulit memahaminya. Kisah ini menunjukam bahwa adanya hamba-hamba Allah SWT yang bukan termasuk nabi dan syuhada namun para nabi dan para syuhada "cemburu" dengan ilmu mereka.

Kisah ini di awali pada saat Nabi Musa as berbicara di tengah-tengah Bani Israil. Ia mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT dan menceritakan kepada mereka tentang kebenaran. Setelah beliau menyampaikan pembicaraannya, salah seorang Bani Israil bertanya:"Apakah ada di muka bumi seseorang yang lebih alim darimu wahai Nabi Allah?" Dengan nada emosi, Musa menjawab: "Tidak ada." Allah SWT tidak setuju dengan jawaban Musa.

Lalu Allah SWT mengutus Jibril untuk bertanya kepadanya: "Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui di mana Allah SWT meletakkan ilmu-Nya?"

Musa mengetahui bahwa ia terburu-buru mengambil suatu keputusan.

Jibril kembali berkata kepadanya: "Sesungguhnya Allah SWT mempunyai seorang hamba yang berada di majma al-Bahrain yang ia lebih alim daripada kamu."

Musa bertanya bagaimana ia dapat menemui orang alim itu. Kemudian ia mendapatkan perintah untuk pergi dan membawa ikan di keranjang. Ketika ikan itu hidup dan melompat ke lautan maka di tempat itulah Musa akan menemui hamba yang alim. Akhirnya, Musa sampai di tempat di mana ikan itu melompat. Di sanalah mereka mendapatkan seorang lelaki yang dijelaskan oleh Al-Quran:

"Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba -hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahrnat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. "

Inilah aspek yang penting dalam kisah itu. Kisah itu terfokus pada sesuatu yang ada di dalam jiwa, bukan tertuju pada hal-hal yang bersifat fisik atau lahiriah. Allah SWT berfirman:

"Maka tatkala mereka berjalan sampai ke pertemuan dua buah laut itu, maka mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: Bawalah kemari makanan kita; sesungguhnya kita merasa letih karena perjalanan hita ini. Muridnya menjawab: Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali. Musa berkata: Itulah (tempat) yang kita cari; lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. "(QS. al-Kahfi: 61-65)

Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi:

"Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu." (QS. al-Kahfi: 66-70)

Allah SWT berfirman:

"Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya.

Musa berkata: Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnya hamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.

Dia (Khidir) berkata: Bukankah aku telah berkata: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.

Musa berkata: Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.

Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya.

Musa berkata: Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.

Khidir berkata: Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?

Musa berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.

Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu.

Musa berkata: Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu.

Khidir berkata: Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.

Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.

Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.

Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya).

Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya." (QS. al-Kahfi: 71-82)
Hamba saleh itu menyingkapkan dua hal pada Musa: ia memberitahunya bahwa ilmunya, yakni ilmu Musa sangat terbatas, kemudian ia memberitahunya bahwa banyak dari musibah yang terjadi di bumi justru di balik itu terdapat rahmat yang besar.

Demikianlah bahwa nikmat terkadang membawa sesuatu bencana dan sebaliknya, suatu bencana terkadang membawa nikmat. Banyak hal yang lahirnya baik temyata justru di balik itu terdapat keburukan. Mula-mula Nabi Allah SWT Musa menentang dan mempersoalkan tindakan hamba Allah SWT tersebut, kemudian ia menjadi mengerti ketika hamba Allah SWT itu menyingkapkan kepadanya maksud dari tindakannya dan rahmat Allah SWT yang besar yang tersembunyi dari peristiwa-peristiwa yang terjadi.



Berapa banyak orang yang berilmu tampa amalnya....lihatlah pokok yang kering, itulah ibaratnya....tidak mampu memberikan apa-apa hasil dan manfaat pada dirinya apatah lagi pada orang lain.Amalkan ilmu yang kita dapat,bukan hanya menyimpan di dalam otak.Kita tidak rugi,malah dapat menambahkan pahala!Beramal kerana Allah! :)

Thursday, 6 December 2012

Cebisan Kenangan 2012

                                  Assalamualaikum!
                              Bismillahirrahmanirrahim..
                 Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

     Pada malam yang hening ni,ana nak kongsi pengalaman,kenangan  manis+pahit bersama sahabat-sahabat ana yang solehah ni..InsyaAllah..Mereka ni,suatu hari nanti akan jadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah! Amiin! Doakan ya,sahabat-sahabat! :)



Fatin Najihah,Amanina,Anis Solehah,Nuraini Atiqah,Fada,Yasmin,Hudda,Amtussalam,Hidayah,Izni,Najaatul,Alya Wahyuni,Huda,Aisyah Firdausi,Munirah,Wan Noor Athirah,Raudhah,Maisarah,Izzah,Hafizah,Raziatul Aisyah,Ummu Ainil,Syiqin,Puteri,Wajihah,Cikgu Nadhirah,Cikgu Nusaibah,Raihanah,Ummu Hani,Siti Naimah,Marsha.


Nur Farahin,Syazni,Aisyah Hydzer,Dzafirah,Amira,Syakirah,Nur Adlina,Nawal Amani,Arifah,Hanisah,Khadijah al-Solehah,Nabilah,Fatin Hidayah,Naqibah,Intisor,Aqilah Nasir,Nusaibah Mos Sahid,Nur Solehah,Farihah,Musyirah,Arfa,Hidayah,Insyirah Izzati,Liyana,Masyitah,Melur,Cikgu Nadhirah,Cikgu Nusaibah,Anisah,Ain,Jannah,Ithar.

Merekalah yang sentiasa memberikan semangat,yang saling membangkitkan semangat apabila terjatuh,yang mengingatkan ana pada Rabbul Izzati.

Kadang-kadang mereka menyakitkan,tetapi,mereka jugalah yang memaniskan. Pendengar yang setia,kumpulan yang sentiasa bekerjasama dan sentiasa satu HATI.InsyaAllah.

Sahabat-sahabat,hidup hanyalah pentas lakonan.Hiduplah untuk beramal sebanyaknya!Uhibbukunna fillah hubban jamma abadan abada!Maaf atas segala kekhilafan.Peringatkan ana ketika ana lalai! :)



   

Tuesday, 4 December 2012

Pesan Ummi & Abah

Assalamualaikum!
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Sewaktu didalam kenderaan yang dipandu oleh abah..Ketika itu,hujan lebat..Kilat sabung-menyabung..Moga hujan yang turun adalah sebahagian rahmat daripada Ilahi.Amiin..

  Termenung seketika sambil melihat pemandangan di luar kaca tingkap.Indahnya ciptaan Allah SWT.Subhanallah,lafaz dalam hati.

  "Kaklong,belajar rajin-rajin kat MATRI tu.Bukan semua yang dapat ke sekolah yang masih ada tarbiah begitu..Umi ni pun,usia dah nak menjangkau umur 40 tahun,baru tertatih-tatih baca al-Mathurat,al-Mulk.Kaklong,Alhamdulillah Allah pilih belajar kat sana.Dapat cari ilmu agama masa umur muda-muda ni.Manfaatkan semua tu,"kata Umi.

  Fikiran tiba-tiba berlayar di MATRI...
Teringat pada murabbi-murabbi mithali disana..
Sahabat sahibah yang sering mengingatkan kepadaNya..

                      

Umi sambung lagi..



  Nanti,dah besar kaklong belajarlah kat Jordan.Kalau Umi tak dapat pergi sana sekalipun,kaklong dapat belajar kat sana.Buat 'medical' kat sana.

            Kaklong:Boleh ke ummi?
            Umi      :Kalau orang lain boleh,mustahil kaklong tak boleh
            Abah     :Kena belajar rajin-rajinlah!!


InsyaAllah..


Ya Allah..
Mampukah tertunai segala harapan itu?
Ya Allah..
Bantulah aku..
TanpaMu,siapalah diriku Ya Allah..

Bantuan Allah akan sampai kalau kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai keredhaanNya!
Hasbunallah wa ni'mal wakil ni'mal maula wa ni'mannasir..

Mohon doa kalian! :)

Doa itu senjata orang Mukmin

Saturday, 24 November 2012

Marhalah Sebuah Perjuangan


Mengambil keputusan menyusuri jalan dakwah penuh cabaran, bukan suatu keputusan yang datang dalam keadaan senda gurau untuk bermain-main dan mencuba-cuba. Kewajipan dakwah adalah satu hakikat dalam kehidupan seorang muslim, untuk mengislahkan manusia, dan juga menyeru manusia untuk kembali kepada Allah.
Sepertimana iman, dakwah seorang daei juga berada dalam marhalah (tingkatan) tertentu. Setiap daei mungkin menjalani marhalah-marhalah dakwah ini dalam kehidupannya, bergerak dari satu peringkat dakwah ke peringkat yang lebih tinggi. Senantiasa sang dae'I membaiki diri, metod dan pendekatan dakwahnya. Marhalah dakwah ini boleh kita ibaratkan seperti langkah-langkah kehidupan seorang bayi yang menjalani tumbesaran hidup dengan ceria dan kesungguhan.
Meniarap : Kecil-Kecilan
Mungkin seorang pendakwah itu bermula dengan dakwah secara kecil-kecilan. Menegur ala kadar apa yang tidak enak dimatanya. Mula menegur orang-orang yang dirasakan lebih lemah darinya seperti adik-adiknya sendiri, isterinya atau orang yang berada dibawahnya. Melalui teguran-teguran itulah, dia membina keyakinan untuk menapaki usaha dakwah ke peringkat lain.
Ibarat bayi yang baru mengenal dunia, begitulah dae'i yang baru mengerti kehidupan seorang pendakwah. Bermula dengan rendah diri, dengan wajah sentiasa tertiarap ke bawah. Masih berkira-kira layakkah aku menggalas beban ini sedangkan beban dosa menggunung tinggi. Meniarap sang daei adalah tanda kerendahan hati, namun meniarapnya dia bukan tanda kekalahan bahkan sebuah permualaan kepada sebuah kebangkitan.
Duduk : Meredah Medan Maya
Ada juga dari kita yang mula dengan berdakwah di medan maya. Lebih gemar menggunakan identiti –identiti 'anonymous' supaya tidak dikenali, maka kita mula menghasilkan artikel-artikel yang menyeru kepada kebaikan. Kita juga kerap menghantar bahan-bahan berfaedah melalui Email, Facebook, YM dan sebagainya.
Pernah sekali, masih teringat seorang sahabat yang setiap hari menghantar sepotong hadith atau ayat al-quran di YM, kalau tidak pun pesanan-pesanan lain. Jika berkesempatan saya membacanya, jika serabut cepat-cepat saya memadamkannya dan akan membacanya pada masa terluang.
Namun, begitulah usaha dakwah kita. Tidak susah sebenarnya untuk melakukan dakwah dalam bentuk ini. Tambahan pula fenomena Facebook dan YM sangat dekat di hati masyarakat dan anak muda. Maka kesempatan itu harus diambil sewajarnya. Duduk sahaja di hadapan laptop dan komputer, kerjanya memang mudah sekali. Namun tumbesaran sebagai dae'i tidak terhenti di sebalik kemudahan itu. Duduk seorang daei' memikirkan idea dan strategi, duduknya seorang daie, cuba menghurai masalah ummah. Duduknya cermat dengan akhlak dan budi.
Merangkak : ABC
Kemudian, ada juga dari kita yang sudah bersedia untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi setelah lama selesa menguasai lapangan dakwah maya. Maka kita bergerak dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menyeru kepada kebaikan. Kita menggiatkan tamrin, program kerohanian, kem ibadah dan memperkasakan usrah. Usaha penganjuran aktiviti ini pastilah lebih susah kerana sudah pasti pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Menganjurkan satu program bukanlah semudah ABC, namun memerlukan Azam, Bekalan (ilmu) dan Cekal dalam mengharungi setiap ujian yang mendatang. Ianya perlu jua kepada semangat yang sentiasa berkobar-kobar dalam sesuatu penganjuran yang ada. Barulah ianya sentiasa 'hidup' walaupun beribu rintangan yang menghalang.
Merangkak mungkin mengambil masa untuk sampai ke destinasinya, namun, di saat itulah kita mula melatih kesabaran diri, bekalan untuk menempuh sebuah perjuangan yang masih jauh. Merangkak menuju kepada sebuah cita-cita yang panjang, walau payah akan terus gagah.

Berdiri : Berorganisasi
Setelah itu, kita merasa sudah bersedia untuk bergerak ke medan yang lebih luas, maka kita mula bergiat aktif dalam medium-medium persatuan agar usaha dan kerja berorganisasi lebih teratur dalam mengembangkan dakwah. Bekerja secara organisasi memerlukan iltizam, toleransi dan semangat juang.
Namun, bekerja secara organisasi merupakan satu nikmat Allah yang tidak akan dirasai kecuali oleh mereka yang melaluinya. Melalu kerja-kerja organisasi kita mula mengasah bakat kepimpinan, kita mula lantang berbicara di hadapan audien, kita mula membawakan usrah dan memberi pengisian. Kita juga mula diberikan amanah berupa jawatan dan posisi, dan kita mula mentadbir organisasi. Kerja-kerja dakwah dan cabaran kian lama kian bertambah. Maka kesabaran dan kecekalan hati perlu lebih padu dan jitu dalam menghadapi mehnah-mehnah ini.
Tika berdiri, kita merasakan kita sudah tinggi, memandang ke bawah melihat orang lain masih duduk di bawah kita. Namun, sang dae'i perlu sentiasa berwaspada daripada sikap riya' dan meninggi diri, kerana itulah seburuk-buruk amal yang dilakukan oleh dae'i. Berdirinya seorang daei bukan kerana kemegahan, tetapi kerana keyakinan akan kemenangan sebuah perjuangan.
Berjalan : Turun Padang
Kemudian dakwah kita diteruskan dengan lapangan yang lebih mencabar. Kita mula turun ke medan dakwah sebenar bertemu dengan masyarakat. Kita mula berdakwah turun padang mendekati golongan-golongan yang perlu disentuh hatinya agar sentiasa menerima risalah Islam ini. Mulalah kita menerima hamburan dan caci maki golongan-golongan yang tidak sukakan dakwah kita. Saat kita mengetuk pintu rumah mereka, mereka mengunci dan melarikan diri. Saat kita cuba untuk memberikan sepatah dua perkataan yang baik, mereka mentulikan pendengaran. Namun, ramai juga yang terkesan dari usaha dakwah kita. Banyak masa dan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mengembangkan dakwah ini.
Berjalan melaungkan dakwah ini bukan mudah, kadangkala perjalanan itu meletihkan kita, maka kita duduk sebentar berehat menghela nafas, setelah segar kembali, sang dae'i kembali meneruskan sebuah perjalanan dakwahnya.
Berlari : Ma'ruf vs Mungkar
Kemudian, jika keazaman kita untuk hidup dan berjuang menegakkan agama Allah di jalan dakwah ini, maka kita akan menapaki marhalah seterusnya. Elemen dakwah itu terbahagi kepada dua bahagian besar dan sama pentingnya, ' Menyeru kepada kebaikan' dan ' Mencegah kemungkaran'. Firman Allah dalam menghuraikan 'Amal Makruf' amat jarang dipisahkan dengan 'Nahi Mungkar'.Seharusnya, kedua-dua ini berjalan seiringan.
Jika kita imbas metodologi dakwah kita sebelum ini, kita akan menyedari bahawa usaha dakwah kita lebih banyak tertumpu kepada usaha-usaha menyeru kepada kebaikan. Kita lebih selesa mengambil jalan dakwah yang mengajak manusia kepada kebaikan kerana kita merasakan cukuplah itu bahagian dakwah yang kita jalankan. Sedikit sekali usaha kita dalam mencegah kemungkaran. Kerana apa, kerana saatnya kita mula melakukan usaha dakwah mencegah kemungkaran, maka saat itulah kita akan ditentang dan diuji dengan pelbagai cabaran.

Dakwah Rasulullah di Makkah juga menghadapi Marhalah yang sama. Masyarakat Jahiliyah tidak menghalang Rasulullah untuk menyebarkan kebaikan, namun mereka mula terasa terancam dan bertindak balas melalui penentangan saat Rasulullah mencegah mereka dari kemungkaran menyembah berhala dan pelakuan-pelakuan jahiliyah yang keji.
Sebagai seorang Islam, kita adalah seorang pendakwah bukan secara pilihan tetapi ianya adalah ketetapan. Saat syahadah dilafazkan, maka tugasan menyampaikan dakwah adalah amanah kita. Sahabat Abu Dzar yang hanya beberapa kali bertemu Rasulullah, saat telah memeluk Islam, beliau terus kembali kepada kaumnya dan berjaya mengislamkan penduduk kampungnya. Begitulah juga peranannya kita. Saat berlari pasti jatuh dan tersadung kaki, namun sang dae'i pasti bangun kembali dengan senyum terukir dibibir tanda sebuah ketabahan hati. Tidak mudah mengalah pada mehnah dan cabaran yang membaluti sebuah perjuangan ini.
Marhalah Tertinggi?
Sudah kita menelusuri marhalah-marhalah dakwah ini, dihambat pula persoalan apakah peringkat dakwah yang paling tinggi?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sebaik-baik jihad adalah memperkatakan sesuatu yang benar dihadapan penguasa yang zalim " .
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Jihad dan dakwah yang disebutkan dalah hadith ini adalah tidak lain dan tidak bukan ialah 'jihad politik' sebab ini bertujuan untuk menjadikan system pemerintahan sebagai pemerintahan yang terbaik dan 'adil' ( Petikan Ustaz Sai'd Hawaa dalam buku Jundullah, Jihad Fi Sabilillah)
Walhal Nabi SAW ada menyebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan disahihkan oleh adz-Dzahaby, begitu juga al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah. nombor 374, kata Nabi;
"Penghulu orang yang mati syahid ada dua. Yang pertama ialah Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, dan yang kedua ialah seorang yang berdiri dan menegur di hadapan raja yang zalim, tiba-tiba dia dibunuh atas ucapannya itu."
"Penghulu orang yang mati syahid ada dua. Yang pertama ialah Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, dan yang kedua ialah seorang yang berdiri dan menegur di hadapan raja yang zalim, tiba-tiba dia dibunuh atas ucapannya itu."
Maka, begitulah peringkat dan marhalah perjuangan kita sebagai seorang daei. Biar di mana pun kita berada, pastikan kita sentiasa memberikan ynag terbaik, dan keazaman untuk menjadi lebih baik sentiasa mendorong hati kita untuk mengejar kebaikan.
Walau dimana pun bayi itu berada, saat jatuh dia pasti bangun kembali, saat tersungkur pasti dia berdiri dengan megah walau tangis menjurai air mata buat seketika. Namun pasti dicubanya lagi. Itulah kita, Itulah Babysteps Sebuah Perjuangan seorang dae'i.
Wallahu Anta A'lam